Selasa, 3 Jun 2014

Kesimpulan

Kesimpulannnya,papan tanda jalan raya adalah amat penting demi keselamatan jalan raya .Oleh itu,pemandu harus mematuhi papan tanda jalan raya yang ditetapkan.Dengan ini ,kemalangan jalan raya akan berkurang .

Contoh video menjaga keselamatan jalan raya:




Marilah kita bersama-sama mematuhi papan tanda jalan raya !

Contoh Papan Tanda Jalan Raya




































































Isnin, 2 Jun 2014

Pengenalan

Keselamatan jalan raya adalah amat penting untuk mengelakkan kemalangan jalan raya.Mangsa jalan raya mungkin terdiri daripada pejalan kaki, penumpang kereta, bas atau pembonceng motosikal. Kemalangan jalan raya boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan. Di Malaysia, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pengguna yang paling ramai menderita akibat kecederaan dan kematian.Hal ini adalah disebabkan oleh sikap pemandu yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya.Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.
Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri.Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya dan pengguna jalan raya. Daripada itu, masalah ini haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak.
Pelbagai simbol papan tanda dapat dilihat di jalan raya untuk memberi panduan dan amaran dalam memastikan kelancaran dalam pergerakan trafik.Oleh itu,pemandu harus mematuhi papan tanda jalan raya untuk mengelakkan kemalangan jalan raya.